Tuesday 8 November 2011

TIPS PEPERIKSAAN


Sebelum Peperiksaan :
  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis subjek.
  • Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
  • Bina dan jawab soalan daripada nota subjek.
  • Semak soalan-soalan yang lepas
  • Jumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan matapelajaran tepat
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.

Hari Peperiksaan :
  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  • Datang awal ke dewan peperiksaan
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

Semasa Peperiksaan :
  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdakwat terang (hitam)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
  • Pastikan nombor angka giliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan :
  • Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
  • Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2011...

SALAM AIDILADHA

EID MUBARAK

Wednesday 2 November 2011

KHASIAT BUAH EPAL


Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.
maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

antara khasiat yang terdapat dalam epal:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang
115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah
drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan
antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal
berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

KHASIAT BUAH KURMA

 

  Antara khasiat-khasiat kurma:-
  • Menguatkan daya ingatan.
  • Mencegah penyakit barah.
  • Menambah tenaga seksual.
  • Mengatasi masalah insomnia.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Membunuh kuman dalam badan.
  • Meredakan tekanan darah tinggi.
  • Membantu mencergaskan minda.
  • Merawat penyakit buah pinggang.
  • Merangsang dan memudahkan kehamilan.
  • Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
  • Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.

Untuk pengetahuan semua, kurma jugak boleh dijadikan penawar racun seperti diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan bahawa kurma mengandungi ubat.
"Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


Angan-angan

Wahai yang disibukkan oleh dunianya,
   Angan-angan panjang telah menipunya
Terus-menerus dalam kelalaian
   Hingga ajal datang padanya..
Kematian datang tiba-tiba..
   Dan kubur simpanan amal...'

 ...................................
Wahai manusia, Aku punya angan-angan
  yang melalaikan ku pada datang nya ajal..
Maka takutlah pada Allah tuhannya manusia..
  Yang memberi kekuatan untuk beramal dalam hidupnya.
Inilah aku sendiri, seperti kau lihat yang kunukil.
  Semua bakal pindah pada hal sepertinya..."

SENYUMAN…
Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit  

TIP PENJAGAAN KULIT CANTIK

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.
  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.

Miliki Kuku yang Sihat

Kuku yang sihat akan kelihatan licin, bersinar dan bersih. Keadaan kuku akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang. Maka adalah penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kuku.


Oleh itu terdapat beberapa tip yang dapat dijadikan panduan dalam menjaga kuku. Di antaranya ialah:

Mengambil Makanan yang Sihat
  • Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya adalah seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epel.
Jangan Mengigit Kuku
  • Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku rosak(kelihatan pecah dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mengigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.
Penggunaan Kuku
  • Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.

Pengambilan Multi Vitamin
  • Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
Gunakan Pelembap
  • Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau lotion kuku.
Membantu Pertumbuhan Kuku
  • Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.

Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram.
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat. Secara amnya, pakar berpendapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan.
Kajian menunjukkan buah naga merah sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas yang memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah. Selain itu, ia boleh mencegah kanser usus, mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa yang sama boleh menurunkan kadar lemak dalam badan.
Secara keseluruhannya, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang); dan fosferus (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; Vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan; Vitamin B2 untuk menambah selera; Vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol dan Vitamin C untuk menambahkan kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah pertumbuhan jerawat.

Bibir Cantik Bak Delima Merekah

Bibir yang mengukir senyuman lebih bermakna daripada seribu kata-kata. Bahagian inilah yang sering menjadi tumpuan apabila bertemu seseorang. Daripada senyumannya, telah dapat menggambarkan kemesraan yang bakal dilalui sepanjang mengenali seseorang itu.

Tambah lagi sekiranya bibir yang penuh dan tebal dan dipalit pula dengan gincu yang berwarna terang lagi menawan, menyerlahkan lagi keseksian si empunya wajah.Apa pun hakikatnya setiap daripada kita memiliki bibir semula jadi yang cantik dan ia jadi lebih menawan dengan satu sentuhan saja.Bantuan sentuhan daripada gincu bibir telah menambahkan keseksian pada bibir. Tanpa bantuannya, bibir seakan-akan mati tanpa serinya.

Kepentingan gincu bibir bagi menaikkan seri wajah seseorang wanita ini bukanlah suatu yang muncul pada zaman ketamadunan tetapi telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi, cuma penggunaan bahan sahaja berlainan.

Jika dahulu, di zaman Babylon, wanita menggunakan bahan seperti batu semimulia, yang ditumbuk dan debunya digunakan untuk mewarnai mata dan bibir, manakala bangsa Mesir kuno kemudian membuat ramuan khusus untuk gincu bibir, bahkan Ratu Mesir yang terkenal, Cleopatra mengenakan warna bibir merah menyala yang dibuat daripada ramuan kumbang merah dan semut merah.

Bahkan di rantau Asia, penggunaan sirih yang selalu dipraktikkan di kalangan wanita India dan Melayu untuk memerahkan bibir bagi menaikkan seri bibir yang mulus lagi seksi.

Namun begitu, dengan peredaran zaman, penggunaan bahan-bahan seperti itu telah semakin ditinggalkan malah telah dilupuskan langsung kerana kemodenan reka cipta peralatan solek.

Kata-kata yang menggambarkan keseksian bibir yang sering didengar iaitu bak delima merekah menggambarkan keadaan bibir yang cantik, mungil dan menggiurkan.Bibir yang sempurna menambah rasa keindahan kepada si pemilik atau individu, ditambah palitan gincu pada bibir mengikut kesesuaian wajah bagi membangkitkan aura keperibadian tertentu.

Jarang kita melihat bibir yang tidak dipalit gincu. Setidak-tidaknya warna tanah yang bersesuaian dengan bibir agar tidak nampak terlalu pucat dan tidak berseri.


Terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan bibir yang sihat dan menawan.

Merawat Bibir Merekah
Atasi masalah bibir merekah dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Bibir Merah Semulajadi
Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi, amalkan dengan meyapu madu lebah dibibir semalaman (semasa tidur).

Khasiat Pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Khasiat Tomato

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Lawak Hari Ini

Peribahasa Inggeris

Peribahasa yang di translate bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris

1) frog under coconut shell

2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill


Sabun, Deodorant, Minyak Wangi dan Shampoo Baba
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”


Lawak Hari Ini


Teka Teki Gelak Ketawa
1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!




Lawak Hari Ini

5 Tip Tidak Di Rompak Oleh Pencuri

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)





Guru Kaunseling yang Terlampau

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"


SMKKT Johan Mural Peringkat Daerah 2011


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam  pertandingan mural peringkat daerah kerana telah menjadi Johan terutamanya kepada Pn. Kalthom Binti Abas dan Ustaz Said Bin Mat Isa sebagai guru pembimbing kepada beberapa orang pelajar yang telah menyiapkan mural yang sangat kreatif dan mempunyai mesej yang tersendiri ini. 

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi.Semoga SMKKT terus maju dan terus cemerlang pada masa akan datang.

"SMKKT MAJU 2014"

Anugerah Makmal Sains Terbaik 2011

Makmal Sains SMK Kuala Telemong telah di anugerahkan sebagai Makmal Sains Terbaik bagi Daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Hari Guru peringkat Hulu Terengganu.Jutaan Tahniah diucapkan kepada ketua bidang sains En. Nordin Bin Zakaria, guru-guru sains dan pembantu makmal sains iaitu Pn. Noor Maznita Bt. Che Aziz, Pn.Ani@Rosmalia Bt A.Ghani dan Mohd Nasir Bin Mustafa dan juga buat semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga Kejayaan ini dapat dikekalkan lagi pada masa akan datang.

Tuesday 1 November 2011

MASA

Mat : Mud, la dah pukul berapa?
Mud : 3:15 petang.
Mat : (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik la, awat semua orang dok tipu aku hari ni?
Mud : Awat pulak? Bila masa aku tipu hang?
Mat : Hari ni aku dok tanya pukul berapa kat orang, semua bagi jawapan yang berbeza.
Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama...

Toing...Toing...Toing...

Mengenali Diri Melalui Huruf.


A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E = anda sentiasa seorang yang exited.

F = semua orang menyayangi.

G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

J = anda seorang yang cemburu.

K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.

M = kejayaan mudah datang kepada anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O = anda seorang yang berfikiran terbuka.

P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.

R = anda seorang yang gemar bersosial.

S = anda sangat broad-minded.

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V = fizikal anda baik sekali.

W = anda suka menyendiri.

X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.

Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Cuba gabungkan makna-makna huruf mengikut ejaan nama anda.

Misalnya, kalau AKIM jadinya :



A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.


Dari sini, kita mungkin kenal diri kita, mengekalkan apa yang baik dan mengubah apa yang tidak apatut ada...

Dialog 3 Alam


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih

Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....

Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,
sesunggunya Alah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

KeEsaan-Nya Tiada Batasan...


Ada seorang pemuda yang belajar di luar negara, kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di benak kepalanya telah tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawabnya. Satu hari beliau bertemu seorang imam di kampungnya.

Pemuda: Pak Imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya, tidak mampu menjawab pertanyaan ini.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:
1. Kalau benar Allah itu ada, tunjukkan kewujudan Allah kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Allah tidak pernah berfikir sejauh itu?
(Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.)
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Iman menampar saya?
Pak Imam: Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh Pak Imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Allah itu tanpa mampu melihat kewujudan-Nya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, Jika Allah berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!
Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ini...InsyaAllah...

Lawak Hari Ini...


Sorry...

Mat yang hendak ke kedai kek dengan tidak sengaja telah terlanggar seorang pelancong. Berlakulah perbualan antara mereka.
Mat: I'm sorry.
Pelancong: I'm sorry too
Mat: I'm sorry three.
Pelancong: What do you sorry for?
Mat: I'm sorry five...
Pelancong: Are u sick?
Mat: I'm sorry seven (sambil melarikan diri..).
Pelancong: ???????...

Kah..kah...kah...

Baik-Baik


1. Baik-baik meletak kata, jika tersilap banyak dusta.
2. Baik-baik meletak mata, jika tersilap jatuh cinta.

3. Baik-baik meletak janji, jika tersilap memakan diri.

4. Baik-baik meletak kaki, jika tersilap terpijak duri.

5. Baik-baik meletak budi, jika tersilap orang tak sudi.

6. Baik-baik meletak cinta, jika tersilap jiwa merana.

7. Baik-baik meletak kerja, jika tersilap jadi tak sempurna.

8. Baik-baik meletak diri, jika tersilap pasti dibenci.

Tips Seronok Bekerja

10 TIPS SERONOK BEKERJA

1. MENJADI DIRI SENDIRI.
2. MENGENALI RAKAN-RAKAN KITA.
3. MENJADI RAKAN YANG BOLEH DIPERCAYAI.
4. MENGGALAKKAN PENYERTAAN RAKAN-RAKAN.
5. BELAJAR MENGHARGAI ORANG LAIN.
6. BAYARLAH MEREKA DENGAN KEYAKINAN DAN RASA HORMAT.
7. SESEKALI BERTANYA DAN MINTA PERTOLONGAN.
8. LUANG MASA BERSAMA RAKAN.
9. SENTIASA BERLAKU ADIL SETIAP MASA.
10. BERBINCANG SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG KERJA.

Manfaat dari Ber'couple'

Manfaat dari ber’couple’

Apa pekara yang ber"manfaat" daripada ber'couple';

1) Seronok(dapat fitnah)

2) Seronok(dapat dosa)

3) Seronok(dapat geng dgn syaitan)

4) Dapat luahkan segala masalah(ALLAH kan ada)

5) Banyak habis duit(lebih baik guna utk bersedekah)

6) Banyak risau(takut awek orang lain kebas.... berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik berdating tak risau)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri(pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain(hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah tak kisah.

9) Menepati masa dan janji(takut awek marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak takut pulak)

10)Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Pada mereka yg sudah ber'couple', nak ber'couple' atau cuba2 nak ber'couple'(ditujukan khas buat lelaki pasal dia orang le selalu dok start dulu,perempuan pula ibarat spark plug kereta petrol kalau tak de 'spraking' tak start le tapi enjin kereta disel tak pakai spark plug pun boleh start ye dak?) toksah le, rentikan tak sior(kata orang Perak) dan getik aku nengoknye(kata orang Perak lagi) pasal "manfaat"nya spt yg disebut di atas cukup banyak, apa kata kita cari manfaat lain yg lebih dan benar bermanfaat.

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat(tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukanya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Saya bab nie yg payah nak jawab... ada aje alasan dia orang untuk melepaskan diri. Orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita insya-ALlah lama2 dia sedar le.

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak kukuh dari luarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.... maka terjadinya perhubungan(kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor....dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yang buruk... tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan seperti maksud hadis yg selalu kita dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;

TIAP-TIAP ANAK YG DILAHIRKAN ITU BERSIH & SUCI(mengikut fitrah) MAKA IBUBAPA LAH YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI, NASRANI DAN MAJUSI.

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.... etc. Maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak percaya pergi lepak(bukan lepak macam Mat Lepakian.... lepak dgn tujuan untuk mengambil iktibar) kat K.L.(kat sini macam2 jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang... tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu, lelaki apa lagi... ada chance nie.

5) Ramai perempuan semakin berani.... berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yg banyak dapat awek.

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak de awek maka macam ada satu kekosongan dlm jiwa..... lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat' awek...lelaki nie biasa le EGO..... ego tak kena tempat.

8) Haaaaa..... nie paling memalukan kaum lelaki.... lelaki nie cepat sangat PERASAN so dia pun naik syeikh plus naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept le mat tu. Ada juga awek yg manja(dah memang fitrah wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam pula.... jgn le dok perasan cepat sangat.



9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut..... yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi macam tu.

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka(lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati.

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(saw);

"SESUNGGUHNYA YG HALAL ITU NYATA(terang) DAN YANG HARAM ITU PUN NYATA(terang) DAN DIANTARA KEDUANYA ADA PEKARA2 YANG KESAMARAN, YG TIDAK DIKETAHUINYA OLEH KEBANYAKKAN MANUSIA. MAKA BARANG SIAPA MEMELIHARA(dirinya dari) SEGALA YG KESAMARAN, SESUNGGUHNYA IA MEMULIAKAN BAGINYA AGAMANYA DAN KEHORMATANYA. DAN BARANG SIAPA JATUH KE DLM PEKARA KESAMARAN JATUHLAH IA SPT. PENGEMBALA YG MENGEMBALA DI SEKELILING KAWASAN LARANGAN HAMPIR SANGAT(ternakanya) MAKA DI DLMNYA. KETAHUILAH BAHAWA TIAP2 RAJA ADA KAWASAN LARANGAN. KETAHUILAH BAHAWA LARANGAN ALLAH ADALAH SEGALA YANG HARAM. KETAHUILAH BAHAWA DI DLM BADAN ADA SEKETUL DAGING, APABILA IA BAIK, BAIKLAH SELURUHNYA DAN APABILA IA ROSAK , ROSAKLAH SEKELIANNYA. KETAHUILAH, ITULAH YANG DINAMAKAN HATI".

[Bukhari & Muslim