Tuesday 8 November 2011

TIPS PEPERIKSAAN


Sebelum Peperiksaan :
  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis subjek.
  • Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
  • Bina dan jawab soalan daripada nota subjek.
  • Semak soalan-soalan yang lepas
  • Jumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan matapelajaran tepat
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.

Hari Peperiksaan :
  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  • Datang awal ke dewan peperiksaan
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

Semasa Peperiksaan :
  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdakwat terang (hitam)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
  • Pastikan nombor angka giliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan :
  • Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
  • Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2011...

SALAM AIDILADHA

EID MUBARAK

Wednesday 2 November 2011

KHASIAT BUAH EPAL


Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.
maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

antara khasiat yang terdapat dalam epal:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang
115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah
drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan
antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal
berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan