Info Sekolah


Terletak 28km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Sekolah ini mempunyai rekabentuk baru yang cantik dan menarik. Sekolah ini diberi nama SMK Kuala Telemong sempena mengingati peristiwa Pemberontakan Tani di Terengganu yang berlaku di Kampung Telemong dibawah pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong yang menyaksikan
seramai dua belas orang terkorban kerana menentang dasar British yang cuba mengganggu adat dan budaya orang tempatan. 
              SMKKT mula dibuka pada tarikh 4 Jun 2002 dengan penyerahan kunci dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu En. Razali Bin Ismail. Waktu persekolahan adalah sesi pagi bermula 7.30pg hingga 2.30ptg. Pada peringkat awalnya SMKKT ditadbir oleh En. Muie Bin Ngah (GPK 1) sebagai pemangku pengetua.
                   Jumlah pelajar pertama yang mendaftarkan diri ke sekolah ini apabila mula dibuka adalah seramai 300 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Pelajar-pelajar ini adalah dari SMK Belara dan SMK Matang. Jumlah guru pula ialah seramai 23 orang.
                   Pengetua pertama ialah Puan Hajjah Ghaliah binti Bidin yang telah berkhidmat pada 1 April 2003 sehingga 31 Mei 2005. Mulai 1 Jun 2005 diganti pula dengan Pn Hajjah Kesema binti Embong. Beliau berkhidmat sehingga 26 Februari 2008. Selepas itu diganti pula dengan Tuan Hj Rasid bin Ngah yang mula berkhidmat pada 16 Mac 2005 sehingga 26 Jun 2011. Bermula 27 Jun 2011, To' Puan Hajjah Rahmah binti Ahmad berkhidmat sebagai pengetua SMKKT sehingga kini.

Piagam


MENUJU KECEMERLANGAN

Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembangkan Keupayaan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Dengan Menekankan Kepada:

  • Memberi pendidikan secara adil berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Membimbing ke arah keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.
  • Mengadakan aktiviti Ko-kurikulum dan memastikan penglibatan semua pelajar.
  • Mendidik pelajar ke arah pembentukan sahsiah terpuji dan berakhlak mulia.
  • Berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan ceria supaya menjadi tempat yang selesa untuk pembelajaran.
  • Melahirkan lepasan sekolah yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran serta berdaya saing.
  • Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan komuniti ke arah kecemerlangan pendidikan.
  • Menghasilkan lepasan sekolah yang dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan diri, keharmonian keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

 

Visi dan Misi

VISI

SMKKT Cemerlang Dan Gemilang Tahun 2014


MISI

Ke Arah Merealisasikan Wawasan Dengan  Memastikan:

  •  Pelajar sentiasa cemerlang dalam akademik
  •  Penglibatan Menyeluruh dalam aktiviti Ko-kurikulum
  • Pelajar mempunyai sahsiah yang tinggi
  •  Sistem Pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
  • Iklim sekolah yang kondusif
  •  Jaringan komuniti  

      
    Logo

    BENTUK SEGITIGA
    "V" bermaksud perkembangan prestasi warga SMKKT bagi melahirkan insan cemerlang

    BUKU
    Melambangkan bidang ilmu yang diutamakan oleh warga sekolah

    RODA BERGIGI DAN SATELIT
    Aspirasi sekolah dalam merealisasikan penggunaan ICT dalam era globalisasi

    ANGKA 2002M / 1423H
    Merupakan tahun sekolah ini ditubuhkan

    LAMBANG KERIS
    Semangat berjuang dalam mencapai cita-cita dan kecemerlangan warga sekolah berasaskan sejarah perjuangan masyarakat setempat menentang penjajah

    TULISAN SMKKT
    Singkatan nama rasmi sekolah

    TULISAN KUALA TELEMONG DAN HULU TERENGGANU
    Nama mukim dan daerah sekolah ini

    WARNA BIRU
    Bermaksud keharmonian dan kecintaan kepada negara, bangsa dan agama

    WARNA KUNING
    Kesetiaan kepada raja dan negara

    WARNA JINGGA
    Warna bagi Daerah Hulu Terengganu

    WARNA PUTIH
    Kesucian agama islam yang dianuti oleh warga sekolah

     

    Lagu

    Kami murid Kuala Telemong,
    Sejiwa dan sekata,
    Belajar beretika,
    Jadi budaya kita.

    Guru mencurah ilmu,
    Kami tekun menerima,
    Dengan tekad dan azam,
    Jadi Insan Berjaya.

    Guru tunggak pada kami,
    Meneruskan cita yang murni,
    Menjadi lambang keharmonian,
    Anak watan di sini,
    Begemerlapan disimbah cahaya,
    Peneraju anak bangsa.

    Kuala Telemong dalam sejarahnya,
    Menjadi kebanggaan bangsa,
    Kami ulangi semangat juangnya,
    Menakluki dunia.

    Disiplin dalam diri,
    Niat yang suci hati,
    Menjadi asas yang murni,
    Keteguhan peribadi.

    Motto



    S : Sentiasa

    M : Menuju

    K : Ke Arah


    K : Kecemerlangan 


    T : Takwa