Monday, 31 October 2011

SEKADAR RENUNGAN...

Assalamualaikum.......
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan sua! mi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?
Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas
dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca
dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini
Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

p/s: Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma.. sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua..
…Puisi ni diambil dari ‘Ajurina’

RAHSIA TARIKH LAHIR

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah
kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga
menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui
nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi
satu nombor tunggal
Contoh: 12 April 1974     12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 +
0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya
ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan
cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang
paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka
menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik
mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang
lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara
terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe,
Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett,
Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu
memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan
orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. -
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut
gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi
mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang
terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka
patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self
esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa
berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, so****, mesra, romantik dan
mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan
sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan
idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu
dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan
Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka
sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya
akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja
keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti
luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. -
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala
dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil
Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger,
Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka
mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko
serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka
perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia
ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain
difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu
dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan
sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark
Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. -
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. -
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga
seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka
menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah
dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly
Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan
sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan
mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka
suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka
gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan
untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan
mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia
sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson,
Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka
adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik
dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana
kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan
cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan
berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar
Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda,
Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon -

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan
pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua
dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing
kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang
pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang
sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang
sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford,
Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Tuesday, 25 October 2011

Sejenak Bersama AaDK Hulu Terengganu

  Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Bilik Seminar, SMK Kuala Telemong
Masa : 11.00 - 2.00 petang
Sasaran Pelajar : Tingkatan 1 & 2

Program ini bertujuan menyampaikan beberapa maklumat tentang Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 
kepada pelajar yang terlibat. Tujuannya ialah supaya pelajar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan tidak mudah terjebak dengan kancah penyalahgunaan dadah.


Do you know where you are going?
Do you know where you’re going?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going?
Do you know?

Do you get what you’re hoping for?
When you look behind there’s no open door?
What are you hoping for?
Do you know?

Once we were standing still in time,
Chasing the fantasy in our minds.
You knew how I love to find my spirit was free
Laughing at the questions that you o­nce asked me

Now looking back at all planned
We let so many dreams just slip thru our hands
Why must we wait so long before we see?
How sad the answers to those questions can be.

Monday, 24 October 2011

Wanita vs Lelaki


Sekadar untuk renungan semua...

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan
saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki,diantaranya adalah seperti berikut :-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung-jawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

Begitulah kira-kiranya.

Wanita :-

1 - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7 - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 - Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang
dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah
payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini,


dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :- Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....kan?