Monday 31 October 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah
kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga
menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui
nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi
satu nombor tunggal
Contoh: 12 April 1974     12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 +
0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya
ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan
cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang
paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka
menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik
mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang
lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara
terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe,
Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett,
Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu
memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan
orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. -
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut
gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi
mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang
terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka
patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self
esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa
berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, so****, mesra, romantik dan
mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan
sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan
idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu
dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan
Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka
sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya
akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja
keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti
luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. -
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala
dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil
Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger,
Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka
mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko
serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka
perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia
ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain
difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu
dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan
sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark
Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. -
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. -
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga
seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka
menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah
dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly
Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan
sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan
mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka
suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka
gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan
untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan
mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia
sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson,
Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka
adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik
dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana
kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan
cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan
berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar
Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda,
Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon -

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan
pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua
dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing
kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang
pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang
sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang
sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford,
Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

No comments:

Post a Comment