Monday 31 October 2011

Lelaki dan Wanita....

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan :

* 7C  pada wanita yang dibenci / hilang minat oleh lelaki...

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.
Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.  Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya  mencabar dengan kata-kata mcm, saya cabar awak!

* 8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita...


1.Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak  leh..macam ler dia betul semua, dsb

2.Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya

3.Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb

4.Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dsb

5.Gentleman tiada
Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambil kesempatan,dsb

6.Gerumal
Bahasa kedah -bohong atau tipu

7.Ganggo
Keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat, pendiam sangat,macho sangat,dll
8.Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

No comments:

Post a Comment